Monday, September 5, 2011

sEadaNya yAnG ke-7

Alhamdulillah. hari ini genap dalam angka ganjil 7 tahun kawan mendirikan rumahtangga bersama SM Firus. Tarikh ini dipilih adalah bersempena dengan tanggal kelahiran atok suami. dikabarkan (kerana kawan tidak sempat bersama arwah atok dgn lebih rapat) hubby kawan rapat dgn atoknya. Justeru tarikh ini dipilih. Maka dalam meraikan kesyukuran ulangtahun perkahwinan, maka terus mengingati pemergian arwah atok (al-fatihah).

hari ini kawan dan hubby masih bercuti. jadi, seawal pagi menghantar si sulung ke sekolah. kemudian mengiringi abah dan dilla (mertua dan ipar) pulang ke KL utk bertugas. sekitar jam 10 pagi dan ke atas keluar untuk beberapa urusan pembayaran bil dan juga membawa si kecik makan. kegemaran si kecik adalah nasi himpit. pagi ini sarat sikit dgn ayam dan telur goreng. hinggalah ke jam 12 mengambil si sulung pulang dari sekolah. tiada perancangan yg gah, justeru kawan dan hubby cuma mahukan sedikit masa utk kami keluar bersama. 

selepas zuhur kami gerak ke BP Mall menonton Cars dan kemudiannya makan di warung Mak Siti. SEADANYA. itulah sambutan yang diraikan pd kali ini. menghabiskan lebih kurang 4 jam masa bersama, dgn kos rendah namun nilai yang tidak terhingga bagi KAMI. selebihnya adalah kesyukuran dan doa yang berterusan buat kawan, suami dan anak-anak untuk kehidupan yg sejahtera dan diredhai Allah.

foto yg juga seadanya.....

warung mak siti (dah restoran sekarang). mak siti adalah nama pemberian dr hubby secara suci hati


hidangan mee telur, pisang dan teh ais


suami/hubby/pasangan hidup 

Sunday, September 4, 2011

UcAPan PenDek Lebaran 2011 M / 1432 H

Salam Aidilfitri
 Maaf Zahir dan Batin 
dari 
KAWAN sekeluarga.


pagi 1 Syawal 1432 H