Wednesday, July 18, 2012

SigNifikaNnya WaFiY



Anakanda Wafiy,

Bersyukur dikurniakan anak 'seindah' Wafiy. Syed Muhammad Wafiy Alwee bin Syed Mohammad Firus. Lahir sempurna pada 10 Julai 2005. Cahayamata sulung hasil perkongsian hidup ibu dan ayah Wafiy nan tercinta. Petah berbicara dan adakalanya bicaranya persis langkau usianya itu sendiri.

Kelak nanti diharapkan menjadi anak soleh, menjadi contoh kepada yang lain, sentiasa mensyukuri nikmat-Nya, mengikut yang baik-baik sahaja sifat dan sikap dari ibu dan ayah dan sekelian keturunan. Menjadikan agama sebagai tiang hidup. Menjadi bijak dunia dan akhirat, mendalami segala ilmu yang ada seadanya akal diberi, sekuatnya fikiran digunakan.

Mohon maaf apa salahnya dari ibu sendiri. andai dalam proses mendidik Wafiy, ada yang tidak kena atau terguris di hati. Anak sulung umpama medan tikus putih, dalam masa yang sama ibu ayah turut dilatih menjadi penjaga amanah tak kenal letih.

Andai kata ibu tiada, bacalah ini sebagai pengikat kasih ibu buat Wafiy untuk kali ini pada tahun yang ke-7 kelahiranmu.....

Sayang Wafiy selalu


Tuesday, June 19, 2012

Rumah Atok Ada Taman

Memang...sangat lama tidak mengepos (mengepos??) apa dalam blog KAWAN ni...sangat sibuk nampaknya..nak cerita pasal bercuti di Boracay pun dah dipulun oleh adik ipar (Shra). Hehehe

Oleh kerana KAWAN dah bawa anak-anak bercuti awal dari orang lain yang bersekolah di Malaysia ni, maka pada musim cuti sekolah yang lalu, tak kemana pun budak-budak tu. KAWAN dan suami pun kene pulun habis kerja-kerja yang ditinggalkan sepanjang seminggu tidak membuka pintu ofis tu.

Dalam pada itu (eh...sedap pulak nk mengarang ni...), dalam hujung minggu cuti sekolah tu, maka KAWAN dan keluarga KAWAN menziarahi atok yang sudah uzur di kampung (ayat macam karangan darjah 2...atok je mesti uzur sambungannya). Tapi atok KAWAN ni memang dah tak sihat dah. Sambil menziarahi atok dan makan apa yang disediakan seperti jemput-jemput pisang, jemput-jemput nangka, nasi goreng sarapan pagi tadi (pun balun jugak..dah lapo anak-beranak ni), sambil TIDAK menolong makcik di dapur yang tengah masak tu (buruk perangai), maka banyak aktiviti luar rumah yang dilakukan oleh kawan dan anak-anak dan bapak kawan dan emak kawan dan adik kawan dan suami kawan dan  poksu kawan.....

Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut : 

Abah memotong pokok puding untuk ditanam di tebing rumah Air Hitam. Bagus untuk elak tanah runtuh.
Emak kawan membantu memilih lagi untuk saringan ke-2 (cewah...) puding yang sesuai dan masih elok.
Poksu kawan selaku PENASIHAT terhadap jenis-jenis pokok puding terbaik ASIA..... ASIA?? 
Bior benor??







Yang terbaik dipilih untuk ditanam di tebing rumah. Proses mengikat dengan bantuan adik KAWAN. hehehe (abih tu...KAWAN ni buat apa pulak...tak nolong pun...)

 

Selain mencari pokok puding yang elok dan terbaik di ASIA (fuyyooo), ada juga aktiviti lain bersama anak-anak ::

 

Bergambar di celah-celah kehidupan kebun atok


Pose sesaat di salah satu sudut halaman rumah atok. Rajin poksu ber'taman'.



















Jack tak habis-habis si Hadrami ni
Lagi sudut taman mini di beranda rumah atok
Eh si bujang sorang ni. Ni antara sudut kegemaran Wafiy.

Klasik. Masih ada pam air ni. Dulu kami anak-beranak berangkut ayor nak mandi. Hadduh!!
Letih memotong pokok...mengambil gambar...marilah kita menjamu selera berhidang dulang....nyummmm
Yang kelihatan paling tua dalam ini gambar itulah atok KAWAN. Hehehe
Nilah POKSU KAWAN yang kreatif mencipta Taman Astakona tewww. Hehe
Taman Astakona atok dari pintu rumah atok
Inilah teratak atok hamba......

ehhhhh..gambar KAWAN dan SUAMI kawan takde...

BANNED! 

hehehe

 

 

HINGGA BERJUMPA LAGI!!!!!

 

Selamat beramal!!



Thursday, April 12, 2012

DaH AdA...

Tak tau nak ekspress (ekspress rakyat) mcmana...tapi hubby saya dah ada FB. Banyak perkara (tidak termasuk privacy) boleh dikongsi dan harap hubby sentiasa up to date dengan berita-berita 'keluarga'.

Sekian. Untuk catatan sejarah sendiri hari ini.

Sunday, April 8, 2012

Cornetto & Magnum

Ha..!!! 
Jangan ingat pulak kawan nk citer yang kawan ada beli nombor 4D pulak bila Magnum dipilih sbg tajuk entry kali ni....tapi nk kongsi skit tentang hebatnya nikmat menikmati masa keemasan bersama anak-anak...

Minggu yang lalu....lokasi di Vista Komanwel (Umah Mertua), maka kawanpun menghabiskan masa dgn anak-anak mandi manda di kolam renang nan comel. Hubby kawan bertugas di PWTC...jadi anak-anak pun saja tunjuk muka boring terrrrrrrrrrrramat...dgn ulangan lirik...swimming pool...swimming pool...
berpuluh kali...
Maka hajat anak-anak ditunaikan...lebihkurang pukul 10.30 pg baru nk mulakan langkah...bayangkanlah...matahari semakin meninggi...panas sudah tentu...but anak-anak sgt enjoy....se'enjoy' foto-foto di bawah

Panas...terik....


Hadrami...takut-takut...berani...



Wafiy minta aksi ini dirakam...hamboi!!

Ice cream time...
Cornetto & Magnum
(kemain citarasa)



Pilihan IBU!!!


Slurrrpppp!!!!


Nak relax la kejap!!


Dan kemudiannya.....bersiap2 ke heart of Key El....for lunch...


KAWAN sgt GUMBIRA dengan masa lebih kurang 35 minit melayan kerenah anakanda sekelian....
Apa yang hendak disampaikan di sini adalah :: hargailah apa yang ada di sekeliling kita.....sayangi kerana jika kita  BAIK pada mereka... maka BAIKlah mereka terhadap kita kelak...InsyaAllah...
Sayang WAFIY & HADRAMI

Tuesday, March 27, 2012

Nasyeeeeeeeeeeeeed

Masih lagi dalam suasana sambutan kelahiran junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Bahkan KAWAN masih lagi melihat dan menghadirkan dalam beberapa acara sambutan ini. Syukur Alhamdulillah kerana sambutan masih meriah di kebanyakan tempat bahkan dalam acara-acara yang tiada kaitan dengan Maulid Ar-Rasul inipun, tetap dikongsikan kisah-kisah Rasulullah...

Dalam pada itu sukalah KAWAN kongsikan sedikit cerita perihal sambutan Maulid di tempat koje baru KAWAN di IKWAS. Al kisah kagumlah adanya sanubari KAWAN melihat akan kerjasama sekelian rakan-rakan kerana tidak sampai beberapa ketika dipejamkan mata kiranya lebih lama dari itu (dalam bahasa moden tak sampai 24 jam), terbentuklah akan sebuah kumpulan Nasyid yang dinamakan Nasuha. 

Sejarahnya Nasuha ini adalah dikhabarkan adanya berkesinambungan dari legasi kumpulan tahun lalu iaitu Kump. Taubah. Maka jadilah jika digandingkan Taubah Nasuha. Semoga hidayah terus mengiringi sekelian ahli kumpulan , bertaubatlah andai tersasar (na'uzubillah) waima dari kalangan pengurusnya, juru teknikalnya, para penonton persembahannya dan sekelian pembaca blog ini adanya.......Amin...

Maka dengan cahaya mentari semakin malu dan bersembunyi di balik Gunung Lambak (bermakna nk malam dah....lagu tak ngapal lagi, baju tak kompem lagi), KAWAN tetap tido juga dengan dengkurnya sementara di Isya'nya telah KAWAN berdoa semoga semuanya elok belaka.

Di keheningan pagi bermulalah perarakan (KAWAN antara yang last sampai) sekeliling IKWAS. Meriah adanya sambil berselawat. Kemudian belum sempat peluh kering di dahi....terus melompat ke belakang dewan, mengkoordinasi kedudukan sesama kawan KAWAN (masa ni kecoh...dgn lipstick tak cukup merahlah, masuk dari kiri kanan, terbang dari atas...ni tipu...) akhirnya Kump. Nasuha tampil dengan persembahan sulung (harap bukan yang terakhir) dan tidak dibaling dengan kasut Pierre Cardin....
KAWAN, kawan KAWAN (ANN) dan Khairil menjadi soloronso.

Inilah antara bingkisan lagu yang KAWAN soloronso...
layanssssss

video

Lagu Junjungan Mulia

Sekonyong-konyong inilah saja gambar yang KAWAN ada.
(Yg tembun itulah KAWAN)

KAWAN berbangga ada kawan-kawan seumpama kalian adanya. berkat semangat wonder pet. perkara baik Allah permudahkan.
Syukur....


eh..ada lagi gambo sumbangan kengkawan KAWAN

Semasa mula nk gerak berarak   




Melangkah dengan Pengarah....yeah...yeah!



Nyanyi...jangan tak nyanyi...bunyi kasi keluar....







Sekelian yang menjayakan

Sunday, March 25, 2012

HadRaMi : 1001 OnGak......

2 Minggu lalu Hadrami terlibat dalam satu kemalangan kecil di rumah. Tanpa tekanan pihak luar (terutama abangnya Wafiy) dan ketika enak berjalan-jalan di dalam rumah....tak semena-mena.....bedebang....kebommm!!!! Maka ........








Amacam??
Ada ngeri???!!!

Monday, March 12, 2012

SeMaLam......



ow...
semalam NeNek KAWAN punya majlis jemput menantu (bertandang ke rumah suaminya)

cantik baju NENEK 
(bajet dalam kepala nk pijak jek kain nenek yg meleret tu...eheh..tapi tak jadi sebab KAWAN dh baca ayat Kursi banyak2....jadi syaitan yang direjam itupun dah pergi dari kepala KAWAN...ehehehe)


dan


BESTday adik ipar saya

.
.
.
.
.
ehhh...takde gambar...tapi klik kat sinni...buanyak gambo DIA
hehehe...sorry eh adik ipar...ingat nak amek gambo terkini kat Sabak Awor...tapi sebab dah tertelan banyak sgt seafood...so lupa plak...(nasib baik ada Sabak Awor tolong cover method)

Semoga kalian berdua bahagia......


Friday, March 9, 2012

RoH dah SamPai JoHor....PeNyampAian SiJiL di KoRidOr

.....dan selesailah perjuangan KAWAN dan kawan kawan kawan kawan KAWAN (sebab 5 org termasuk KAWAN) pagi tadi perihal sitot ...eh...tu kawan dunia akhirat semalam...perihal si TOT ni.......

Maka seawal pagi tatkala ayam belum bangun...KAWAN dah bangun....cuma tak mengokok jek..kang pelik pulak warga KIARA kang......maka kepada Allah dipanjatkan doa dan harapan agar dipermudahkan segala urusan KAWAN dan kawan kawan kawan kawan sekelian.......maka bersiaplah dgn mengisi perut dgn makanan tajaan kerajaan....

Selesai sahaja ...persiapan akhir dilakukan dengan persediaan segala salinan cetakan dan visual layar, sediakan mental dan fizikal...fuh....tarik nafas...hembus nafas....mcm dah tak bernafas punya nervous.....walau hanya setengah jam present....KAWAN rasa mcm setengah abad punya seksa (contoh melampau nih). Opss.....of course menelefon insan-insan penting iaitu hubby, ibunda dan bonda mertua mohon restu dan doa...

maka berjuanglah kami ibarat 'perang' dari buku Khalifah-khalifah yg Benar karya abah angkat  Abdul Latip Talib (promosi)

......9.30pg - 12.00t/hari.....5 giliran sedang bertarung....

hasilnya Alhamdulillah
LULUS CEMERLANG (kata panel lah....)

dan berikut gambar-gambar penyampaian sijil yg dilakukan di koridor fakulti sbb semua roh dah smpi Johor....jasad je kat KIARA

(makna :: tak sabo nk balik...tak tunggu petang)


KAWAN - Komunikasi Berkesan


Kawan KAWAN - Pengucapan Awam


Kawan Kawan KAWAN - Pemanduan Berhemah


Kawan Kawan Kawan KAWAN - Pengurusan Mesyuarat Berkesan


ala....

yang amek gambo-gambo ni adalah yang Kawan Kawan Kawan Kawan KAWAN - Inovasi

nanti sahaja KAWAN kongsikan gambonya (tiada dalam simpanan)

sebenarnya scene di atas bukanlah penyampaian TAULIAH
tetapi hanya penyampaian sijil kehadiran...hehehe
insyaAllah...penyampaian TAULIAH akan berlangsung tidak lama lagi...

dan kini....mengantuk lagi...
nk claim tidur bersama ayam pukul 3 pagi pagi tadi....

bubye...

SELAMAT BERAMAL





beRgabuNg MeleTup....TOT!!!

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Hari ini saya akan...bla...bla...bla...(rehearse my speech)
huargghhhh
dah pukul 1.50am ni...(sambil chat dgn SITOT member dunia akhirat)
esok KAWAN ada presentation di T.O.T.
Sape yg tau...taulah...sape yg tak tau..nantilah...dah ngantuk ni...

Apapun doa diharapkan dari kalian pembaca sekelian (mcm ramai) mendoakan KAWAN dan kawan-kawan KAWAN berjaya dalam ujian esok untuk melayakkan kami menerima tauliah berceramah.....Aminnnnn....

Meh tengok gambo kat bawah ni meh dok sibuk dengan persiapan last minute...mestilah..takdenye penah awal-awal menet pun...


kabur...


En. Rosland & Ustaz Letchum (nama undercover tuh!!)




Mak Tie & Kak Nasyh (baju sama kaler dgn blinder la pulak)


Yeah....cuba lagi ... kabur jugak...gigil tangan


OK...nampaknya kene tidur
Kejap lagi bangun dan..........
zzzzzzzzzzzzzzzzz......

Tuesday, March 6, 2012

NeNek SaYa KawEn ???!!!

Betollll....NENEK saya yang kawin baru-baru ni pada tanggal 26 Feb 2012 yang lalu....
Dia nenek saya...Nazilah namanya. Umur 25 tahun...anak moyang saya....cute kan?!!!


Wajah NENEKku...di hari persandingan



Malam Khatam Berzanji
den & hubby sempoi jek
REWANG!!!!
bersama Kak Jun (merangkap mak perantin)



Q nak bergambor..
Upss...garu tiak kejap!



Hamboi!! Over nih....
Go & Basuh pinggan k.....
kekekekekeke!!!


Teknik fotografur apa ni?
Ditangkap gambo ini oleh Hubby
NIKAH!


Hoh!!!
Tu dia orang penat rewang....


Kenangan Majlis Perkahwinan Nenek
diabadikan...


Trivia :

Majlis berlangsung di Felda Tenggaroh 
Jodoh orang Air Hitam
11 Mac 2012 majlis di pihak lelaki
Bulan madu ditangguhkan kerana terpaksa ke Penang selesai 
majlis utk meneruskan pengajian dalam bidang Forensic!


Anak-anak gumbira
Bila moyang dah berdua
Nanti tiba masanya pula
Akan dapat moyang Junior!!!