Masih lagi dalam suasana sambutan kelahiran junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Bahkan KAWAN masih lagi melihat dan menghadirkan dalam beberapa acara sambutan ini. Syukur Alhamdulillah kerana sambutan masih meriah di kebanyakan tempat bahkan dalam acara-acara yang tiada kaitan dengan Maulid Ar-Rasul inipun, tetap dikongsikan kisah-kisah Rasulullah...
Dalam pada itu sukalah KAWAN kongsikan sedikit cerita perihal sambutan Maulid di tempat koje baru KAWAN di IKWAS. Al kisah kagumlah adanya sanubari KAWAN melihat akan kerjasama sekelian rakan-rakan kerana tidak sampai beberapa ketika dipejamkan mata kiranya lebih lama dari itu (dalam bahasa moden tak sampai 24 jam), terbentuklah akan sebuah kumpulan Nasyid yang dinamakan Nasuha.
Sejarahnya Nasuha ini adalah dikhabarkan adanya berkesinambungan dari legasi kumpulan tahun lalu iaitu Kump. Taubah. Maka jadilah jika digandingkan Taubah Nasuha. Semoga hidayah terus mengiringi sekelian ahli kumpulan , bertaubatlah andai tersasar (na'uzubillah) waima dari kalangan pengurusnya, juru teknikalnya, para penonton persembahannya dan sekelian pembaca blog ini adanya.......Amin...
Maka dengan cahaya mentari semakin malu dan bersembunyi di balik Gunung Lambak (bermakna nk malam dah....lagu tak ngapal lagi, baju tak kompem lagi), KAWAN tetap tido juga dengan dengkurnya sementara di Isya'nya telah KAWAN berdoa semoga semuanya elok belaka.
Di keheningan pagi bermulalah perarakan (KAWAN antara yang last sampai) sekeliling IKWAS. Meriah adanya sambil berselawat. Kemudian belum sempat peluh kering di dahi....terus melompat ke belakang dewan, mengkoordinasi kedudukan sesama kawan KAWAN (masa ni kecoh...dgn lipstick tak cukup merahlah, masuk dari kiri kanan, terbang dari atas...ni tipu...) akhirnya Kump. Nasuha tampil dengan persembahan sulung (harap bukan yang terakhir) dan tidak dibaling dengan kasut Pierre Cardin....
KAWAN, kawan KAWAN (ANN) dan Khairil menjadi soloronso.
Inilah antara bingkisan lagu yang KAWAN soloronso...
layanssssss
Lagu Junjungan Mulia
tahniah. so proud with all of you.
ReplyDeleteMacam baca kesah hikayat la weiii.. adoi.. Sekonyong2.. wakakakaa!!!
ReplyDeletesekonyong-konyong kenyang da.......
Deletetempat keje ni kurang kaum adam ke hape?? heheh..
ReplyDeleteTakde.....semua keje kat UTHM!
ReplyDelete