Saturday, June 11, 2011

KenApa bUsY???

...........sebab ada Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan untuk jabatan tempat kawan bekerja. ini adalah anjuran kali ke-38 dan kali ni Johor jd mak perantinnya a.k.a Tuan Rumah. kalau dah kata mak perantin, mmg la kan..nak pk pelamin (astaka tilawah), door gift (goodie bags tetamu), tetamu jemputan (seluruh negeri seMalaysia), menu (utk 5 hari 4 mlm), pakaian (warna tema ...ni kalo cukup bajet arr..), kad jemputan (konsep termasuk buku program), aturcara perasmian dan penutup. nk letak bas beratus-ratus bas tu kat mana? penginapan? bla..bla..

maka sesi peminangan ke UTM dibuat dan mmg UTM tidak berpunya pd tarikh tu, maka senang sarung cincin kat NC dia maka sah lah UTM lah jodoh lokasi.lepas tu sesi hantar belanja majlis dari ibu pejabat pulak.sesuai dengan prestij majlis ini dan masih 'dara' lagi, tak tercemar, budaya tinggi, aurat dan suci..majlis tilawah lah katakan...maka hantaran pun selesai dipersetujui (cecah beratus-ratus ribu jugaklah nak digunakan), pun selesai...

bila dah selesai semua tu maka mulalah 'keje kawin' nya....dalam 3 minggu kawan dan seangkatan jawatankuasa bekerja dengan sgt2 tekun siang hingga ke malam (kol 11 atau 12 baru balik dari ofc) utk memastikan semua berjalan dengan lancar.bukan senang nk buat event. 

kawan 'ter'jadik (dipilih secara demokrasi) urusetianya a.k.a setiausaha maka mmgla bnyk keje di ats batu jemala patik. apapun alhamdulillah, berkat pengalaman yang tak seberapa di tempat2 keje sebelum ni dan juga berkata kawan2 yg mmg sgt2 bagus tahap makahai..maka proses keje berjalan lancar. kalau tergigit lidah skit2 tu...adatla kan....yg penting duit jbtn bnyk jimat sbb guna kepakaran dalaman sahaja. kadang-kadang kita mmg kene beri kepercayaan dalam ahli 'keluarga' kita sendiri untuk bersama-sama berkongsi idea, pengalaman...daripada beri kat company luar....hasilnya pasti akan lebih bermakna di hati kerana kita bekerja dengan penuuuuuuh KECINTAAN.


dalam pada kesibukan keje siang dan malam...hati kawan sayu tidak terhingga kerana jarang dapat pulang ke rumah. lebih pedih...aduuhhh....time ni adalah time cuti sekolah. kesian anak-anak kawan. namun inilah dia cabaran ibu bekerja.....setiap masa ada terluang kawan mesti call anak kawan. paling sayu bila tiba time malam...sunyi jek rasa.....(terima kasih kpd hubby kerana sokongan dan memahami serta semua-semua yang tolong jaga anak kawan). semoga urusan diberkati sbb niat utk bekerja dan menjayakan majlis yg suci ini.

berikut kawan kongsikan gambo-gambo event....bnyk lagi dalam kamera jbtn...ni dari hp kawan jek...
'PELAMIN'  dari tepi.....
ni N27 - Pn. Tuminah a.k.a Kak Tum

sentiasa berkhidmat - Jkuasa Pertandingan & Kehakiman
(yang menentukan exclusivity keputusan sepanjang pertandingan)
ni penasihat kewangan kawan W32 - Pn. Irhamna a.k.a Cik Na (hek elee..padahal dah puan)
ni cc N22 kawan - Pn Normala a.k.a Kak Mala
kawan di hadapan 'PELAMIN'
kawan lama kawan dan masih berkawan
Kak Faiz /Jkuasa Perasmian dan Penutup
Mama Vouge
Compere kawan di Malam Penutup - En Faaiz Fauzi
Kesimpulan ** sape nama ada unsur Faiz mmg akan jadi kawan kawan
mcm hubby Nora - saiful faiz (laen kali citer)
MC di malam pertandingan nasyid

Thursday, June 2, 2011

LiPaT SuRat

huh!!! penat betul beberapa minggu ni. keje..keje..keje...wafiy pun mengeluh..hadrami berpeluh (asik melenting2 dengan wafiy). wafiy asyik tanya hari2..ibu bila nak balik. ibu beli apam balik. antara dialog

situasi 1:

wafiy : ibu ada beli apam balik???
ibu : ala wafiy...sorry...tak sempat...ibu habis keje malam...
wafiy : dia (sape dia...makcik jual apam balik kot) jual bila ibu? siang? malam?
ibu : tengah hari sampai petang je
wafiy : ibu..boleh tak mcm ni....(sambil nak meneruskan kata)
ibu : mcamana?
wafiy : mcm ni...ibu buat keje..lepas tu bila petang ibu basuh tangan
ibu : kenapa basuh tangan?
wafiy : ibu basuh tangan (ulang lagi)..lepas tu pegi kedai apam balik , ibu beli..lepas tu ibu balik tempat 
           keje...ibu buat keje..jadi...dapatlah ibu beli apam balik sebelum malam...
ibu : ha'ah ekkk...

situasi 2

wafiy : ibu..ibu dengan ayah namanya mcamana??
ibu : (oleh kerana ibu ni mmg instinct kuat...maka ibu pahammm apa maksud wafiy).......ibu dengan ayah suami isteri la..
wafiy : bila wafiy boleh jadi isteri?? (JADI ISTERI???????)
ibu : jadi suami..lelaki akan jadi suami...kenapa??
wafiy : wafiy nak jadi suami..ada kawan wafiy cantik kat sekolah..wafiy nak jadi suami dia..nama dia alia (alia...sila angkat tangan..)
ibu : ($%^&*$#@%^**((&^)

situasi 3

shahira : akk dah baca surat wafiy?
ibu wafiy : haa...dah...sape tulis..kemain betul ejaan..
shahira : shahira ajar eja...wafiy ikut je
ibu wafiy : patutla...takpe..pas ni kita buatkan blog utk wafiy
wafiy : blog tu apa ibu?
ibu wafiy : wafiy boleh tulis2 kat situ..tak payah surat..
wafiy : best la ibu...wafiy tak pandai lipat surat la ibu....
ibu : ok...
ayah : dah...angkat beg..masuk keta.....

dan memang betul bagai dikata...
semua hasil penulisan beliau terberendang jek......tak lipat....
ini surat untuk ayah
ini surat untuk ibu

ini kad (kata wafiy ) untuk ibu ayah
rambut ayah mmg real!!!!!