Thursday, June 23, 2011

OMG!!!! Amir tersingkir.....


itu sahaja yang mahu kawan kongsikan

sorry..kawan tak reti nk rotate video ni

Tuesday, June 21, 2011

pErLukAh KaWan CuTi LaGi ??????

kalau tuan/puan mengikuti blog kawan ni dari awal (mcm ramai follower...mcm bnyk post...mcm2), akan terbacalah kalian satu post berkenaan si gadis misteri Alia. menjadi pemangkin Wafiy ke sekolah hingga tak nak ikut ibu ke aitam. namun dalam misi mencari gadis bernama Alia ini, bnyk jugalah cabaran kecil-kecilan yang kawan hadapi bersama ibu mertua (yg turut excited) nk tahu manalah si gadis ini. hubby dan shahirah juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan pencarian ini hari demi hari. 


namun....bagai dikata...'jodoh pertemuan Allah tentukan' dalam beberapa hari awal yang kawan kata kawan cuti panjang tu kan....si gadis Alia ni tak sihat pulak...tak sekolah...mcm drama Nora Elena (hubby suke la tue) atau sinetron Cinta Melody (mak dan shahira suke juge le tue). jalan cerita adalah tidak berkaitan. yang nak di highlite kan di sini adalah betapa dramatiknya misi pencarian ini.

akhirnya pada tanggal 8 Jun 2011 bersamaan hari Rabu bersamaan 6 Rejab 1432 H (tarikh baik ni ikut bulan Islam sbb ibu suka no yang hampir kepada 7) maka detik pertemuan itu tiba. ni pun drama sbb sepatutnya kawan dah naik keje. tp sebab nak out station nun jauh dari Negeri Johor ni, maka kawan mohon dilanjutkan sehari lagi untuk persiapan kawan. dan pada hari itulah juga kawan dan ibu mertua kawan dipertemukan dengan gadis ini tanpa disengajakan tatkala berjumpa cikgu Wafiy tanya prestasi periksanya yang aduhhh..perlu dinaikkan lagi (tidak mengapa anakanda.....there is always a room for improvement). 


so, dalam kesibukan berbincang dengan cikgu Wafiy tu...kawan pun amek kesempatan tanya Wafiy..mana Alia? Wafiy dengan hidung kembang kempisnya tunjuk Alia yg terjelepuk manis jek tepi dinding. kawan pun hape lagi la kan, trus snap gambo dia...siap soh Wafiy duduk sebelah lagi...bkn nak galakkan hubungan bukan muhrim ni (no....no...no..never ever)...tapi nk Wafiy jadikan motivasi sebab ALIA NI DAPAT NO.1 DALAM PERIKSA. so kalau nk kenen Alia...Wafiy kene bagus la mcm Alia.haa...gitu...!!!


dipersembahkan beberapa babak pengambaran di Tadika Al-Hidayah ini..
cek..cek...rock...rock...!!!!


gadis inilah yang bernama Alia - tgk muka Wafiy tu
 apakah definisi facial expression  Wafiy tuh
sebelah tu adik dia (kata Wafiy)

oleh kerana Alia bergambar dgn adiknya - maka Hadrami pun masuk scene

so..hari Wafiy bertambah ceria..betul...jgn terpengaruh dgn muka Wafiy dalam gambar-gambar di atas ni. bila petang menjelma, maka hubby dan shahira pun balik uma. kawan saja tak mao citer apa2. ingt nk surprise terus masuk blog ni, tapi rupanya maklumat telah dapat dihidu. ketika kawan sibuk nyiapkan minum petang, Wafiy pun menghampiri (sekali lagi hidung kembang kempis) mintak hp kawan. rupa-rupanya nk tunjuk kat shahira gambo Alia dia tu. so, bila dah berkumpul ni..critela la dari awal jumpe cikgu sehinggalah sesi pengambaran berlangsung dgn jayanya.

rupa-rupanya si kecik sebelah Alia tu BUKAN ADIK ALIA la..... nak oii.... tp anak-anak di bawah jagaan Tadika/Taska situ. 

so kawan tanyalah Wafiy : kata tu adik Alia.
 Wafiy kata : eh...Wafiy tersilap..
(hek ele...nervous ke hape anak aku nih)

dan...budak yang Wafiy suka cubit pipi tu bukan si Alia ni....tapi yang lain...sudah...sape plak yang anak aku cubit pipi ni...so?


 perlukah kawan cuti lagi???????????


Monday, June 20, 2011

KeMaruk.....

.....memasak. "ya.........hahaha.........aku telah dirasuk oleh semangat dapur.................." (baca dengan gema mcm dlm drama ANJASMORO)hehe..tapi tulah yang terjadi pada kawan bilamana kawan bercuti agak panjang setelah bekerja dalam tempoh yang juga agak panjang tanpa henti. dalam tempoh itu kawan mmg rasa PERFECTO menjadi suri rumah, ibu, isteri a.k.a perempuan (definisi sendiri). sebab......mcm ni

6.30 am  - bangun. jalankan kewajipan.
6.45 am  - dah start gema kat telinga wafiy...bangun...bangun...
7.00 am  - gema lagi...kali ni kalau tak bangun memang kuar vokal F sharp punya..
              - suami pun bersiap g keje, tp kawan tak buatkan jugak sarapan..ngeh..dia tak mau terlalu pagi
                (alasanku)
7.15 am  - hantar suami di muka pintu hingga muka pintu rumah jumpe muka pintu keta sambil bersalaman
                dan melambai dengan senyuman tak mandi pagi dan rambut tak habis dandan (hantu kak limah
                sumpah jeles kat kawan)
             -  vokal diteruskan dengan upacara bersiram wafiy sambil buat milo. tingkap dibuka luas-luas (bukan nk humban dia keluar melalui tingkap k..) biar
                si hadrami terjaga secara semulajadi senang hangkut dia g antar wafiy sekolah
             -  wafiy wajib minum milo dan makan biskut sbb ibu tak berapa sgt nk bakarkan roti (heheh..ibu  
                tak prepare beli roti sebenonya...lupa semanjang)
             -  sambil tu chit chat dgn ibu mertua dan seterusnya bersamanya menghantar anakku wafiy ke
                sekolah (terima kasih mak) . jg bersama hadrami ucuk nena dan trus mencari makanan utk dimamam pagi-pagi

10.00 am     - mula sediakan bahan masak, sambil cuci baju oleh mesin basuh

12.00 pm   - bersama ibu mertua fetch wafiy
            - teruskan memasak

3.00 pm - rehat..zzzzzzzzzzzz

6.00 ptg - hubby smpi umah...makannnnnnn

malam

tgk homework wafiy
sediakan baju sekolah wafiy
sediakan baju keje hubby
sediakan susu hadrami
(amacam....best tak pantun di atas ni?)

*** balik semula cerita kemaruk tadi....selesai segala hal pagi, maka kemarukku bermula....

siang ikan caru separuh pengsan nk ngokang kulitnya

kerjakan juga sotong 

sawi di toskan d tmpt tos pinggan - idea serbaguna


CHOP!!!!
sebelum memasak pastikan anak-anak anda dan ibu mertua anda selesa dengan kedudukan 
masing-masing
biarkan si kecik khayal dgn bekas gula

biarkan si abang mantul-mantul dgn bola besar di dpn tv dgn cartoon (bagi chance)
jgn ganggu ibu mertua melayari internet..nmpk tak pintu bilik komputer di kejauhan tu?
dalam tu ada ibu mertuaku..hehe...



so...mulakan bahan utk memasak 
a. ikan caru asam pedas
b. sotong goreng lada hijau
c. sayur goreng berrrrrrrrrr udang

.
.
.
.
.


asam pedas confirm kene ada daun kesum dan bolehlah masukkan jg bungan kantan 
seperti hirisan di atas
(mancis ditaja oleh cap cili merah)


lada hijau (basah/besar) ditumbuk dalam lesung (toksah hancur sgt)
nampak udang??
tulah namanya ada udang di sebalik lesung...
bahan utk sotong dan sayur dan ikan


utk sotong 
beberapa ulas bawang putih
seulas besar bawang merah
halia setengah inci
cili hijau (besar/basah)
air asam
daun kucai


utk sayur
hirisan bawang besar, bawang putih, halia
udang




utk ikan caru asam pedas
beberapa ulas bawang putih
seulas besar bawang merah
halia seinci
belacan
lada dah siap blender beli dari pasar jek
tambah lada merah (basah/besar) utk tambahan rasa
bunga kantan dihiris kasar
daun kesum secukupnya
air asam jawa
.
.
.
.


so...masak je lah dengan garam dan akan jadi mcm ni
.
.
.
.

proses memasak sotong goreng lada hijau


seterusnya
sayur siap!
dan......

ikan caru asam pedas..nampak tangan kawan tu...tangan kawan tu.....

siap sedia utk dihadap seisi sekeluarga..sekulit tak boleh eh...seisi jek...isi dan kulit by SEARCH..faveret song kawan tu..takper....

tu dia...
tambahan...ikan goreng utk si sulung wafiy dan si kecik hadramisotong utk si ayah


tapi..bila dah masak tu...penat la pulak..perut kenyang sbb sambil masak ngunyah benda lain. so..tidur dulu bersama anak-anak..hahaha. agak-agak hubby nk balik...bangun ler..............jgn buat selalu...lepas asar tu...kang mengong pulak..hanya sesuai di kala cuti sekali sekala...heheh...kawan suka memasak (tidak bermakna sedap memasak). 

itulah hidangan kemaruk kawan pada salah satu hari cuti kawan.........

begitulah flashback saya...



Saturday, June 11, 2011

KenApa bUsY???

...........sebab ada Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan untuk jabatan tempat kawan bekerja. ini adalah anjuran kali ke-38 dan kali ni Johor jd mak perantinnya a.k.a Tuan Rumah. kalau dah kata mak perantin, mmg la kan..nak pk pelamin (astaka tilawah), door gift (goodie bags tetamu), tetamu jemputan (seluruh negeri seMalaysia), menu (utk 5 hari 4 mlm), pakaian (warna tema ...ni kalo cukup bajet arr..), kad jemputan (konsep termasuk buku program), aturcara perasmian dan penutup. nk letak bas beratus-ratus bas tu kat mana? penginapan? bla..bla..

maka sesi peminangan ke UTM dibuat dan mmg UTM tidak berpunya pd tarikh tu, maka senang sarung cincin kat NC dia maka sah lah UTM lah jodoh lokasi.lepas tu sesi hantar belanja majlis dari ibu pejabat pulak.sesuai dengan prestij majlis ini dan masih 'dara' lagi, tak tercemar, budaya tinggi, aurat dan suci..majlis tilawah lah katakan...maka hantaran pun selesai dipersetujui (cecah beratus-ratus ribu jugaklah nak digunakan), pun selesai...

bila dah selesai semua tu maka mulalah 'keje kawin' nya....dalam 3 minggu kawan dan seangkatan jawatankuasa bekerja dengan sgt2 tekun siang hingga ke malam (kol 11 atau 12 baru balik dari ofc) utk memastikan semua berjalan dengan lancar.bukan senang nk buat event. 

kawan 'ter'jadik (dipilih secara demokrasi) urusetianya a.k.a setiausaha maka mmgla bnyk keje di ats batu jemala patik. apapun alhamdulillah, berkat pengalaman yang tak seberapa di tempat2 keje sebelum ni dan juga berkata kawan2 yg mmg sgt2 bagus tahap makahai..maka proses keje berjalan lancar. kalau tergigit lidah skit2 tu...adatla kan....yg penting duit jbtn bnyk jimat sbb guna kepakaran dalaman sahaja. kadang-kadang kita mmg kene beri kepercayaan dalam ahli 'keluarga' kita sendiri untuk bersama-sama berkongsi idea, pengalaman...daripada beri kat company luar....hasilnya pasti akan lebih bermakna di hati kerana kita bekerja dengan penuuuuuuh KECINTAAN.


dalam pada kesibukan keje siang dan malam...hati kawan sayu tidak terhingga kerana jarang dapat pulang ke rumah. lebih pedih...aduuhhh....time ni adalah time cuti sekolah. kesian anak-anak kawan. namun inilah dia cabaran ibu bekerja.....setiap masa ada terluang kawan mesti call anak kawan. paling sayu bila tiba time malam...sunyi jek rasa.....(terima kasih kpd hubby kerana sokongan dan memahami serta semua-semua yang tolong jaga anak kawan). semoga urusan diberkati sbb niat utk bekerja dan menjayakan majlis yg suci ini.

berikut kawan kongsikan gambo-gambo event....bnyk lagi dalam kamera jbtn...ni dari hp kawan jek...
'PELAMIN'  dari tepi.....
ni N27 - Pn. Tuminah a.k.a Kak Tum

sentiasa berkhidmat - Jkuasa Pertandingan & Kehakiman
(yang menentukan exclusivity keputusan sepanjang pertandingan)
ni penasihat kewangan kawan W32 - Pn. Irhamna a.k.a Cik Na (hek elee..padahal dah puan)
ni cc N22 kawan - Pn Normala a.k.a Kak Mala
kawan di hadapan 'PELAMIN'
kawan lama kawan dan masih berkawan
Kak Faiz /Jkuasa Perasmian dan Penutup
Mama Vouge
Compere kawan di Malam Penutup - En Faaiz Fauzi
Kesimpulan ** sape nama ada unsur Faiz mmg akan jadi kawan kawan
mcm hubby Nora - saiful faiz (laen kali citer)
MC di malam pertandingan nasyid

Thursday, June 2, 2011

LiPaT SuRat

huh!!! penat betul beberapa minggu ni. keje..keje..keje...wafiy pun mengeluh..hadrami berpeluh (asik melenting2 dengan wafiy). wafiy asyik tanya hari2..ibu bila nak balik. ibu beli apam balik. antara dialog

situasi 1:

wafiy : ibu ada beli apam balik???
ibu : ala wafiy...sorry...tak sempat...ibu habis keje malam...
wafiy : dia (sape dia...makcik jual apam balik kot) jual bila ibu? siang? malam?
ibu : tengah hari sampai petang je
wafiy : ibu..boleh tak mcm ni....(sambil nak meneruskan kata)
ibu : mcamana?
wafiy : mcm ni...ibu buat keje..lepas tu bila petang ibu basuh tangan
ibu : kenapa basuh tangan?
wafiy : ibu basuh tangan (ulang lagi)..lepas tu pegi kedai apam balik , ibu beli..lepas tu ibu balik tempat 
           keje...ibu buat keje..jadi...dapatlah ibu beli apam balik sebelum malam...
ibu : ha'ah ekkk...

situasi 2

wafiy : ibu..ibu dengan ayah namanya mcamana??
ibu : (oleh kerana ibu ni mmg instinct kuat...maka ibu pahammm apa maksud wafiy).......ibu dengan ayah suami isteri la..
wafiy : bila wafiy boleh jadi isteri?? (JADI ISTERI???????)
ibu : jadi suami..lelaki akan jadi suami...kenapa??
wafiy : wafiy nak jadi suami..ada kawan wafiy cantik kat sekolah..wafiy nak jadi suami dia..nama dia alia (alia...sila angkat tangan..)
ibu : ($%^&*$#@%^**((&^)

situasi 3

shahira : akk dah baca surat wafiy?
ibu wafiy : haa...dah...sape tulis..kemain betul ejaan..
shahira : shahira ajar eja...wafiy ikut je
ibu wafiy : patutla...takpe..pas ni kita buatkan blog utk wafiy
wafiy : blog tu apa ibu?
ibu wafiy : wafiy boleh tulis2 kat situ..tak payah surat..
wafiy : best la ibu...wafiy tak pandai lipat surat la ibu....
ibu : ok...
ayah : dah...angkat beg..masuk keta.....

dan memang betul bagai dikata...
semua hasil penulisan beliau terberendang jek......tak lipat....
ini surat untuk ayah
ini surat untuk ibu

ini kad (kata wafiy ) untuk ibu ayah
rambut ayah mmg real!!!!!