Saturday, December 3, 2011

SaYa dan 33

Salam semua...
lama dah KAWAN tak menaip. nak kata sibuk...mmg sibuk....tapi...erm tak bnyk idea yg hendak dikongsikan.
apapun since KAWAN meraikan anniversary KAWAN pd September yang lalu...bnyk event yang berlaku dalam hidup ini...di sekeliling KAWAN

OKTOBER 2011 - erm....takde sangat (dah lupa sebenarnya)
NOVEMBER 2011 - pengesahan jawatan kawan dan hubby,hari lahir mak mertua KAWAN dan adik ipar kawan,  adik ipar kawan iaitu Dilla dan Shra bernikah, dan majlis konvo kawan....

alhamdulillah...semuanya berjalan lancar dengan izin-Nya

Disember ini dimulakan dengan tarikh lahirnya KAWAN ke dunia ini...

KAWAN lahir pada 3 Disember / 3 Muharram pd satu tahun yang telah ditetapkan oleh Allah. anak perempuan sulung kepada Wahid Ahmad dan Hamidah Abu.

Lahir tak cukup bulan sebab nk terkeluo sgt bila mak terhentak kat baldi di bilik air....ow....sungguh dramatik...mak kata sy kecik jek masa lahir (mmg korang tak sangka KAWAN gabak lagu ni...). sebelah tgn jek mak pegang...tak yah susah2 nk kendung.

lahir dalam keluarga yang mmg hidup susah (bukan raih simpati atau raih undi)...membesar dengan suasana serba kekurangan. abah keje kilang papan...mak keje cuci pakaian ......KAWAN selalu sakit masa kecik.....tak cukup vitamin kot.....

hidup KAWAN melata...pernah duduk kat estet, rumah kat kilang papan, rumah sebelah kubur.....sampailah rumah sekarang di Bukit Mesjid Air Hitam....rambut pun stail david Arumugam....dan legam (sampaikanlah salam.....)

Bersekolah pun sekolah yg biasa2 sahaja di Pekan Air Hitam dan pendidikan agama di Sekolah Agama Air Hitam.....dan Sekolah Menengah Datuk Menteri Air Hitam....semua sederhana sahaja...

Sampai masa rezeki kawan ke UiTM Shah Alam untuk memperoleh Ijazah dalam bidang yg sangat kawan minati...Komunikasi Massa....dalam kekurangan itu....kawan telah ditawarkan oleh KPT untuk sijil lanjutan komunikasi di Foreign Study University di Jepun kerana keterlibatan kawan yang aktif dalam public speaking di universiti. KAWAN ni tak  pandai sangat.....tak juga pandai bersukan...tapi KAWAN tahu kekuatan yang diberikan olehNya adalah dalam bidang ini. setelah melepasi beberapa peperiksaan dan CGPA yang Alhamdulillah...maka biasiswa JPA ditawarkan untuk menimba ilmu dan pengalaman teknologi dan kemahiran komunikasi di negara matahari terbit ini....berkatnya adalah atas apa yg KAWAN perolehi sekarang.....bukanlah yang terbaik....tetapi sesuatu pencapaian peribadi kawan untuk keluarga KAWAN ini.....

Dugaan hidup tidak kurang diharungi....pelbagai....namun KAWAN sedari dan amat yakin...setiap ujian yang Allah beri ...ada ganjarannya selepas itu apabila kita hadapi dengan redha dan tabah...setiap kejadian ada rezekinya...ada sebab jika hajat ditangguh...kerana Allah maha mengetahui yang terbaik

KAWAN bersyukur dan berterima kasih dengan kurniaan Allah....dengan pengorbanan MAK dan ABAH yang tidak kira tenaga, masa dan wang ringgit untuk membesarkan KAWAN...

buat SUAMI, Wafiy, Hadrami.....my love is eternity.....

satu-satunya dipohon dari hati sekian lama adalah ...

Ya Allah Ya Tuhanku...
sampaikan hajatku untuk berjaya dalam kehidupan keluargaku dan kerjayaku.....dengan izin-Nya....

Semoga permohonan perpindahan KAWAN akan diluluskan dan memulakan kehidupan yang lebih baik di mana jarak bukan lagi bebanan.....






buat kaum keluarga (sendiri dan mertua).....budi dan jasa serta kasih sayang adalah selamanya
mohon maaf seikhlasnya atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan. tidak mahu menjadikan kejadian sebagai manusia sebagai kelemahan....namun KAWAN percaya hidup ini tidak boleh sendiri.....

emas gangsa gunung daik
merak wangsa meragut mangsa
budi dan jasa mahu baik
kelak dikenang sepanjang masa

2 comments:

  1. Wa, tahniah ats proses penuaan nko.bila nko nk amek offer unesco tu? aku rs ko bole wa jadi duta.semoga ko sukses.

    ReplyDelete
  2. madam..syahdu saye baca....tahniah madam dan semoga terus berjaya. madam idola saye...

    ReplyDelete