Anakanda Wafiy,
Bersyukur dikurniakan anak 'seindah' Wafiy. Syed Muhammad Wafiy Alwee bin Syed Mohammad Firus. Lahir sempurna pada 10 Julai 2005. Cahayamata sulung hasil perkongsian hidup ibu dan ayah Wafiy nan tercinta. Petah berbicara dan adakalanya bicaranya persis langkau usianya itu sendiri.
Kelak nanti diharapkan menjadi anak soleh, menjadi contoh kepada yang lain, sentiasa mensyukuri nikmat-Nya, mengikut yang baik-baik sahaja sifat dan sikap dari ibu dan ayah dan sekelian keturunan. Menjadikan agama sebagai tiang hidup. Menjadi bijak dunia dan akhirat, mendalami segala ilmu yang ada seadanya akal diberi, sekuatnya fikiran digunakan.
Mohon maaf apa salahnya dari ibu sendiri. andai dalam proses mendidik Wafiy, ada yang tidak kena atau terguris di hati. Anak sulung umpama medan tikus putih, dalam masa yang sama ibu ayah turut dilatih menjadi penjaga amanah tak kenal letih.
Andai kata ibu tiada, bacalah ini sebagai pengikat kasih ibu buat Wafiy untuk kali ini pada tahun yang ke-7 kelahiranmu.....