Thursday, May 26, 2011

NEGARAKU.......

Memang mcm takde kaitan langsung topik kawan ini dengan gambar yang kawan sertakan ni. tetapi kata nujum pak belalang...siapa yang tak 'nampak' maksud tajuk entri kawan dan kaitannya dengan anak bujang sorang ni, maka......(malas nk sebutlah...tak baeeekkkk..malam jumaat ni...baikla baca yassin)

al kisah kawan ni letih amat dua tiga hari ni. banyak keje (mcm org lain jugak sebenonya). letih dengan meeting sedunia, keje senada seirama dengan rakan-rakan setugas yang lain dan juga bermesra dengan panggilan telefon dari seluruh negeri di Malaysia (fuhhh...nk tunjuk dasat jek tu)...nnt tiba masa kawan share apekebenda kawan buat ni kemain sibuknya. 

al kisah diteruskan, kawan rindu amat dengan anak-anak kawan dan hubby (ni mesti sebut nih...hehehe....nnt tak dapat gelang....haha!) so kawan pesan kat shahirah (adik ipar yang sangat2 supportive time kawan nk tgk wayang...credit to u my dear..haha...) utk mms gambo anak kawan nan seorang ni. nan lagi seorang di rumah lain. henpon mak kawan takde kamera (huhuu...nnt ada rezeki kawan belikan). kawan rindu dan sepi tatkala melayan keje yang melambak ya rabbi ni.

minta tolong hubby mms jugak gambonya dan anak yang seorang lagi, tapi tak dapat buat masa ni. so, dalam tekanan keje tetiba kawan rasa patriotik tgk gambo anak kawan ni dan menyebabkan kawan menaip bertambah laju dan menyiapkan keje dengan lebih pantas demi bangsa dan negara.


mari sama-sama nyanyikan lagu NEGARAKU bersama WAFIY di Pasar Malam Batu Pahat Johor

Tuesday, May 24, 2011

Hari MeeTinG SeDuNia

Salam Dunia...lihatlah dunia...hari ini adalah hari meeting untuk kawan. start 8.30 pagi sampailah ke 5.30 petang kawan telah menghadiri 3 siri marathon meeting (ingat tengok movie jek dulu yang marathon). meeting tilawah al-quran, meeting pertandingan inovasi dan meeting 5S. Syabbas bete....kawan meeting sokmo today.

Namun alhamdulillah..berkat kesepakatan dengan rakan sekerja maka dapatlah kerja-kerja itu dibahagi-bahagikan. SAMA RATA...SAMA RASA....hahaha...sorang pun tak terlepas diberikan tanggungjawab. Apapun memang kawan berprinsip, kerja takkan siap jika kita mengamalkan ONE MAN SHOW. sebab tu dalam banyak hal kita kene bekerjasama. tidak perlu tunjukkan kehebatan diri untuk menyatakan di kemudian hari bahawa kitalah seorang yang menjadi punca untuk sesuatu kejayaan waima kejayaan diri sendiri. baik dalam pelajaran, pekerjaan, perkahwinan, dan seterusnya kehidupan pastinya memerlukan sokongan di sekeliling kita. sama ada sokongan dari segi fizikal mahupun suasana sekeliling yang secara tidak langsung memberikan respon secara spiritual kepada kita. maka wajarlah barangsiapa yang sedang menaiki tangga kejayaan atau yang telah dinobatkan akan kejayaannya dalam sesuatu bidang, janganlah lupa diri. ingatlah orang-orang di sekeliling kita.

cari...mana satu gambo KAWAN dalam suasana meeting yang permai ini.....BERTUAH lah kalu mcm ni punya mood meeting dalam 8 jam!!!

itulah pengajaran yang kawan dapat hari ni. HARI MEETING SEDUNIA.



beginilah keindahan TEAMWORK.....miss my sons.....uhuk!! ****hubby of course...

sekian. wassalam.

Monday, May 23, 2011

Best MoVie Melingkari...


Memang...memang best. Kawan mmg rasa mcm nak jadi ahli panggung jek bila tgk movie-movie (bole ke kata ulang mcm nie?) bulan Mei ni. tapi sedar diri sebagai isteri apatahlagi ibu beranak dua, taklah mengharap sangat dapat tengok semua movie tu. tapi adalah menjadi kelaziman kawan mmg nak tengok sebenarnya. kalau boleh bawak anak-anak dah setel dah......(harap shahirah dan firdaus membaca harapan kawan ni...paham-pahamlah..hehe)

Kongsi

Kawan dah tengok citer ni tatkala cuti bersama hubby minggu lalu. cerita ni pd pendapat kawanlah kan...jalan citer ok.maybe cerita yang 'ringan' shj yg tidak memerlukan ensiklopedia. kawan suka saheizy sam jek, tu yg mai tgk. promosi mmg bagus sbb masa Ngangkung meletop kat panggung last year 2010, depa dah promote filem ni.dan Johnny Depp Malaysia ni plak dah menang ABP2010, lagilah menambah radiasi letupan filem ni. lain-lain part biasa saja pd kawan. apapun ada jugak permintaan lanjut utk filem ni hingga tayangan 1.30am. waduh. kawan dah mimpi dah masa tu.....

Fast 5



Yesssssssss...mmg hebat. tak terlentok, terpejam mata, terkhitu, terkhini sepanjang nonton filem ni. mmg menanti dari satu scene ke scene. kalau tgk wayang omputih, kawan mmg kugam dengan teknik pengambaran. imagine dia shooting sehingga menggambarkan bandar tu hancur. 2 pemandu yang memandu dengan tenang walau dalam keadaan tekanan. 5 stars. ikut maximum star berapapun, kawan bagi yang maximum tu la...(semoga kawan boleh memandu dengan lebih cekap dan berani..aminnn)

Pirates of the Caribbean
lom tengok. harap berpanjang sehingga musim cuti sekolah di pawagam-pawagam kecil.hehe.



Nur Kasih
(lom tengok) sapa dah tgk bole la beri pendapat dan pendapatan buat kawan beli tiket wayangnya.


Karak
(erm....lom tengok). minat KRU punya product.

tapi kesimpulannya utk bulan ini, filem-filem inilah yang menarik perhatian kawan. sebab kawan mmg tgk movie. setakat tgk movie marathon 3 sekaligus tu dulu, biasa jek bagi kawan (zaman pingitan). ehem..masa tu musafir (bole jamak ma...heheh)


Sunday, May 22, 2011

Bermula dari INI....




INIlah dia.....

Alhamdulillah...berkat tunjuk ajar hubby terchenta , maka dapat kawan berblog akhirnya. dalam usia yang tak berapa tua ni. sebab apa??? sebab INI lah (sila lihat gambo di atas). dah lama memangnye nak buat blog. suke tengok orang update mcm2. hias blog dia mcm pelamin. kira kalu, tak yah lah membawak album bergambo yg tebal confirm sakit bahu tu ke sana sini kalau nk mengimbas kembali kenangan masa silam, atau tak payahlah nulis surat berlipat kajang mintak burung merpati atau si enggang nyampaikan maksud, dan juga encik posmen agak2 gumbira jugaklah sbb just nganto surat hutang PTPTN jek ke umah-umah dan bukan surat chenta atau nk berkenalan .dan berkat pendapatan yang takdelah mewah..tapi bole la bayar bil broadband ni (keje gomen ler katakan..belum confirm plak) maka kawan rasa suka hati sangatlah nak berblog ni.

seterusnya
..........

ni muke KAWAN
(hek ele...lentok plak)



ni HUBBY terchenta
(pun agak senget pengurusan lehernya)


ni ANAK-ANAK kawan
(lentok habisss....gambo ni dipilihnya...)

begitulah gambo-gambo dalam sesi penerangan KAWAN. (dulu dpt keje kat Kementerian Penerangan tak mau pegi...ni sibuk nak terang lagikan bersuluh)

KAWAN harap para pelayar dapatlah meletakkan komen-komen,sokongan padu 1 MALAYSIA kat blog kawan nih...

KAWAN cuba untuk terus 'menulis' (ikut hubby nampak...tukang tulis) dengan memasukkan info, tips, berita, cerita atau senyap sahaja...

sekian. begitulah permulaan blog KAWAN.......(doa)