Alhamdulillah. Ramadhan hampir ke penghujungnya. harapnya bakal diakhiri dengan penuh kerahmatan dan keberkatan. rugilah bagi mereka yang tidak memanfaatkannya dengan hajat dan memohon keberkatan serta keampunan Ilahi.
Ramadhan dan amalan tadarus adalah satu amalan yang murni. berpuasa menyucikan hati, merehatkan sudut biologi dalam sisi kehidupan. al-quran dan kedekatannya dengan fitrah manusia yang memerlukan pemurnian diri dan panduan hidup.
23 ramadhan lalu , kawan dan geng mengaji telah menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Berbuka Puasa tempat keje kawan. semua daerah termasuk ibupejabatnya (opis kawan) telah dibahagikan surah untuk disempurnakan sesi tadarusnya dan kemuncaknya adalah majlis khatam.
dalam majlis tersebut, kawan baca surah al-qadr. alhamdulillah. sempurna majlis. terima kasih sekelian yang menyempurnakan majlis.
kawan kongsikan foto-foto Geng Mengaji kawan....
saksikan dahulu promo Geng Mengaji
baca...baca...baca...baca...baca..!!!!
ni konduktor khatam bawah skit dari Ramli MS |
kawan menten tunggu turn baca |
kawan sedang membaca |
menten sekali lagi sbb tahu diambik gambo |
turut diraikan anak-anak istimewa. love them all!! |
menten dan menten sekali lagi menghulur tanda hati semasa marhaban.ahaks! |