Thursday, August 11, 2011

AbaH LahiR

11 Ogos (tahun dirahsiakan...barulah artis) adalah tarikh tanpa tahun kelahiran abah saya. Abah yang saya sayang dan hormati dan kagumi. Sayang sebab abah sayang saya sangat-sangat. Itu saya sangat tahu. Abahlah yang jaga saya masa emak keluar keje (eh...kenapa mak pulak yang keje..panjang cerita). Abah masak. Abah hantar saya pergi balik sekolah. Abah jaga adik saya. Abah buat milo untuk saya. Abah pastikan saya minum susu Nespray (kredit kepada Nestle) setiap hari. Abah yang buat. Abah pasang ubat nyamuk untuk saya. Abah buat lempeng kegemaran saya. Abah beri saya didikan hingga saya tahu banyak perkara. Didikan itu adalah disalurkan bersama dengan mak. Abah beri saya kebebasan dan kepercayaan dalam saya menentukan hala tuju pelajaran dan bidang kerjaya saya. Abah selalu menyokong apa yang saya buat untuk kebaikan. Kalau salah abah akan marah kaw-kaw punya (masa kecik). Bila dah besar pulak, abah banyak diplomasi dan saya terdidik dengan sendirinya. Abah pastikan saya tahu ngaji dan berzanji. Abah pastikan saya berkelakuan baik di dalam dan di luar rumah (baikkah saya....insyaAllah dilindungi Allah dari keburukan).

Hormat. Wajib hormati orang tua. Dan yang membuatkan saya lebih menghormati abah apabila abah menghormati anak-anaknya dari segi kehidupan, kesukaan, hobi, kegemaran. Abah bukan orang yang autokratik. Tapi cara abah itu membuatkan saya dan adik saya menghormati abah TAHAP TINGGI. Adakala bertelagah juga dengan abah lebih-lebih lagi minta abah cuti sebab nak bawa dia bercuti, tapi dalam banyak hal dari segi makan, pakai dan berjalan, saya usahakan yang terbaik untuk abah, pilihan abah. Abah dan mak membesarkan saya seadanya dan hingga kini gaya hidup itu sangat terkesan dalam diri. 

Kagum. Kagum dengan abah sebab abah ni enjin KUASA KUDA (maka anak-anak dan menantu dilahirkan di tahun kuda, walaubagaimanapun haiwan kegemaran abah adalah HARIMAU. Pergi zoo nak tgk harimau jek lepas tu nak balik, ahli rombongan lain sila terkapai-kapai). Sebab......abah kuat kerja. Kerja yang memang memerlukan kekuatan iaitu kekuatan fizikal. Walaupun abah SEBELAH TANGAN, abah boleh buat kerja macam orang ada dua tangan. Abah boleh basuh pinggan, basuh baju, dan jaga mak dalam pantang dan dalam masa yang sama uruskan saya ke sekolah. Malah sekarang dalam usia emas, abah kuat kerja. Hujung minggu bukan masa berehat untuk abah. Abah akan buat apa sahaja di rumah. Menyangkul, merumput, bersih halaman dan sekeliling rumah. Ada sahaja yang abah buat.

****entri ni guna SAYA. tak guna KAWAN. sebab rasa satu kenyataan yang serius yang saya luahkan istimewa untuk abah saya.

abah
abah
abah

14 comments:

  1. selamat hari lahir abah

    ReplyDelete
  2. sama-sama fadilah ..eh..shahirah (kan abah akk selalu silap kan)..hehehe

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir en wahid.
    lagi satu kenangan dengan no 11??!!!!

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir pakcik. Semoga diberi kesihatan yang lbh baik untuk mengecapi nikmat kehidupan di dunia dan akhirat. Saya kagum ngan pakcik. Tahniah kerana memiliki anak2 dan menantu yang menyayangi pakcik dan makcik.

    ReplyDelete
  5. mak :ucap selamat hari lahir dah disampaikan. tersengeh2 abah.spt diduga abah tk ingt pun tarikh lahir dia.maklumlah sibuk membangunkan profit kilang SHARP.hehe.abah pelik mana tahu, sy kata sy buat blog bla..bla..bla..abah tanya plak blog.sy tunjuk dan abah kata ooooooooooo(6 harkat).

    ReplyDelete
  6. kak keyboard : abah sy kata knp nama mcm tu dan apa benda alah keyboard. sy tunjuk la k/board mcm ni.oooooooooo 6 harkat lg. abah kata terima kasih. sengeh2.sy bangga dgn abah saya (mcm iklan raya petronas)

    ReplyDelete
  7. hehehhe... alhamdulillah. tahniah kepada penulis kerana tlh menyampaikan ilmu kepada org lain. smoga ilmu itu berpanjangan.

    ReplyDelete
  8. kak keyboard : amin.jgn plak abah sy ingt akak musician. keyboard la katakan.jenama Roland ke hape.

    ReplyDelete
  9. ngeh... ngeh... ngeh... ahli musik??? baca simbol togeh tu pun tak reti... ambik nama je.

    ReplyDelete
  10. mcm mana boleh miss entry nie...

    Hmm, selamat ulangtahun abah.

    Allah panjangkan usia bapak mertuaku.
    (ikut intonasi p.ramlee)

    ReplyDelete
  11. isy! isy! isy!... anak menantu tak prihatin...

    ReplyDelete
  12. aha. sir firuz. caner boley cicir tuh

    ReplyDelete