Thursday, May 26, 2011

NEGARAKU.......

Memang mcm takde kaitan langsung topik kawan ini dengan gambar yang kawan sertakan ni. tetapi kata nujum pak belalang...siapa yang tak 'nampak' maksud tajuk entri kawan dan kaitannya dengan anak bujang sorang ni, maka......(malas nk sebutlah...tak baeeekkkk..malam jumaat ni...baikla baca yassin)

al kisah kawan ni letih amat dua tiga hari ni. banyak keje (mcm org lain jugak sebenonya). letih dengan meeting sedunia, keje senada seirama dengan rakan-rakan setugas yang lain dan juga bermesra dengan panggilan telefon dari seluruh negeri di Malaysia (fuhhh...nk tunjuk dasat jek tu)...nnt tiba masa kawan share apekebenda kawan buat ni kemain sibuknya. 

al kisah diteruskan, kawan rindu amat dengan anak-anak kawan dan hubby (ni mesti sebut nih...hehehe....nnt tak dapat gelang....haha!) so kawan pesan kat shahirah (adik ipar yang sangat2 supportive time kawan nk tgk wayang...credit to u my dear..haha...) utk mms gambo anak kawan nan seorang ni. nan lagi seorang di rumah lain. henpon mak kawan takde kamera (huhuu...nnt ada rezeki kawan belikan). kawan rindu dan sepi tatkala melayan keje yang melambak ya rabbi ni.

minta tolong hubby mms jugak gambonya dan anak yang seorang lagi, tapi tak dapat buat masa ni. so, dalam tekanan keje tetiba kawan rasa patriotik tgk gambo anak kawan ni dan menyebabkan kawan menaip bertambah laju dan menyiapkan keje dengan lebih pantas demi bangsa dan negara.


mari sama-sama nyanyikan lagu NEGARAKU bersama WAFIY di Pasar Malam Batu Pahat Johor

Tuesday, May 24, 2011

Hari MeeTinG SeDuNia

Salam Dunia...lihatlah dunia...hari ini adalah hari meeting untuk kawan. start 8.30 pagi sampailah ke 5.30 petang kawan telah menghadiri 3 siri marathon meeting (ingat tengok movie jek dulu yang marathon). meeting tilawah al-quran, meeting pertandingan inovasi dan meeting 5S. Syabbas bete....kawan meeting sokmo today.

Namun alhamdulillah..berkat kesepakatan dengan rakan sekerja maka dapatlah kerja-kerja itu dibahagi-bahagikan. SAMA RATA...SAMA RASA....hahaha...sorang pun tak terlepas diberikan tanggungjawab. Apapun memang kawan berprinsip, kerja takkan siap jika kita mengamalkan ONE MAN SHOW. sebab tu dalam banyak hal kita kene bekerjasama. tidak perlu tunjukkan kehebatan diri untuk menyatakan di kemudian hari bahawa kitalah seorang yang menjadi punca untuk sesuatu kejayaan waima kejayaan diri sendiri. baik dalam pelajaran, pekerjaan, perkahwinan, dan seterusnya kehidupan pastinya memerlukan sokongan di sekeliling kita. sama ada sokongan dari segi fizikal mahupun suasana sekeliling yang secara tidak langsung memberikan respon secara spiritual kepada kita. maka wajarlah barangsiapa yang sedang menaiki tangga kejayaan atau yang telah dinobatkan akan kejayaannya dalam sesuatu bidang, janganlah lupa diri. ingatlah orang-orang di sekeliling kita.

cari...mana satu gambo KAWAN dalam suasana meeting yang permai ini.....BERTUAH lah kalu mcm ni punya mood meeting dalam 8 jam!!!

itulah pengajaran yang kawan dapat hari ni. HARI MEETING SEDUNIA.



beginilah keindahan TEAMWORK.....miss my sons.....uhuk!! ****hubby of course...

sekian. wassalam.