Saturday, December 3, 2011

SaYa dan 33

Salam semua...
lama dah KAWAN tak menaip. nak kata sibuk...mmg sibuk....tapi...erm tak bnyk idea yg hendak dikongsikan.
apapun since KAWAN meraikan anniversary KAWAN pd September yang lalu...bnyk event yang berlaku dalam hidup ini...di sekeliling KAWAN

OKTOBER 2011 - erm....takde sangat (dah lupa sebenarnya)
NOVEMBER 2011 - pengesahan jawatan kawan dan hubby,hari lahir mak mertua KAWAN dan adik ipar kawan,  adik ipar kawan iaitu Dilla dan Shra bernikah, dan majlis konvo kawan....

alhamdulillah...semuanya berjalan lancar dengan izin-Nya

Disember ini dimulakan dengan tarikh lahirnya KAWAN ke dunia ini...

KAWAN lahir pada 3 Disember / 3 Muharram pd satu tahun yang telah ditetapkan oleh Allah. anak perempuan sulung kepada Wahid Ahmad dan Hamidah Abu.

Lahir tak cukup bulan sebab nk terkeluo sgt bila mak terhentak kat baldi di bilik air....ow....sungguh dramatik...mak kata sy kecik jek masa lahir (mmg korang tak sangka KAWAN gabak lagu ni...). sebelah tgn jek mak pegang...tak yah susah2 nk kendung.

lahir dalam keluarga yang mmg hidup susah (bukan raih simpati atau raih undi)...membesar dengan suasana serba kekurangan. abah keje kilang papan...mak keje cuci pakaian ......KAWAN selalu sakit masa kecik.....tak cukup vitamin kot.....

hidup KAWAN melata...pernah duduk kat estet, rumah kat kilang papan, rumah sebelah kubur.....sampailah rumah sekarang di Bukit Mesjid Air Hitam....rambut pun stail david Arumugam....dan legam (sampaikanlah salam.....)

Bersekolah pun sekolah yg biasa2 sahaja di Pekan Air Hitam dan pendidikan agama di Sekolah Agama Air Hitam.....dan Sekolah Menengah Datuk Menteri Air Hitam....semua sederhana sahaja...

Sampai masa rezeki kawan ke UiTM Shah Alam untuk memperoleh Ijazah dalam bidang yg sangat kawan minati...Komunikasi Massa....dalam kekurangan itu....kawan telah ditawarkan oleh KPT untuk sijil lanjutan komunikasi di Foreign Study University di Jepun kerana keterlibatan kawan yang aktif dalam public speaking di universiti. KAWAN ni tak  pandai sangat.....tak juga pandai bersukan...tapi KAWAN tahu kekuatan yang diberikan olehNya adalah dalam bidang ini. setelah melepasi beberapa peperiksaan dan CGPA yang Alhamdulillah...maka biasiswa JPA ditawarkan untuk menimba ilmu dan pengalaman teknologi dan kemahiran komunikasi di negara matahari terbit ini....berkatnya adalah atas apa yg KAWAN perolehi sekarang.....bukanlah yang terbaik....tetapi sesuatu pencapaian peribadi kawan untuk keluarga KAWAN ini.....

Dugaan hidup tidak kurang diharungi....pelbagai....namun KAWAN sedari dan amat yakin...setiap ujian yang Allah beri ...ada ganjarannya selepas itu apabila kita hadapi dengan redha dan tabah...setiap kejadian ada rezekinya...ada sebab jika hajat ditangguh...kerana Allah maha mengetahui yang terbaik

KAWAN bersyukur dan berterima kasih dengan kurniaan Allah....dengan pengorbanan MAK dan ABAH yang tidak kira tenaga, masa dan wang ringgit untuk membesarkan KAWAN...

buat SUAMI, Wafiy, Hadrami.....my love is eternity.....

satu-satunya dipohon dari hati sekian lama adalah ...

Ya Allah Ya Tuhanku...
sampaikan hajatku untuk berjaya dalam kehidupan keluargaku dan kerjayaku.....dengan izin-Nya....

Semoga permohonan perpindahan KAWAN akan diluluskan dan memulakan kehidupan yang lebih baik di mana jarak bukan lagi bebanan.....






buat kaum keluarga (sendiri dan mertua).....budi dan jasa serta kasih sayang adalah selamanya
mohon maaf seikhlasnya atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan. tidak mahu menjadikan kejadian sebagai manusia sebagai kelemahan....namun KAWAN percaya hidup ini tidak boleh sendiri.....

emas gangsa gunung daik
merak wangsa meragut mangsa
budi dan jasa mahu baik
kelak dikenang sepanjang masa

Monday, September 5, 2011

sEadaNya yAnG ke-7

Alhamdulillah. hari ini genap dalam angka ganjil 7 tahun kawan mendirikan rumahtangga bersama SM Firus. Tarikh ini dipilih adalah bersempena dengan tanggal kelahiran atok suami. dikabarkan (kerana kawan tidak sempat bersama arwah atok dgn lebih rapat) hubby kawan rapat dgn atoknya. Justeru tarikh ini dipilih. Maka dalam meraikan kesyukuran ulangtahun perkahwinan, maka terus mengingati pemergian arwah atok (al-fatihah).

hari ini kawan dan hubby masih bercuti. jadi, seawal pagi menghantar si sulung ke sekolah. kemudian mengiringi abah dan dilla (mertua dan ipar) pulang ke KL utk bertugas. sekitar jam 10 pagi dan ke atas keluar untuk beberapa urusan pembayaran bil dan juga membawa si kecik makan. kegemaran si kecik adalah nasi himpit. pagi ini sarat sikit dgn ayam dan telur goreng. hinggalah ke jam 12 mengambil si sulung pulang dari sekolah. tiada perancangan yg gah, justeru kawan dan hubby cuma mahukan sedikit masa utk kami keluar bersama. 

selepas zuhur kami gerak ke BP Mall menonton Cars dan kemudiannya makan di warung Mak Siti. SEADANYA. itulah sambutan yang diraikan pd kali ini. menghabiskan lebih kurang 4 jam masa bersama, dgn kos rendah namun nilai yang tidak terhingga bagi KAMI. selebihnya adalah kesyukuran dan doa yang berterusan buat kawan, suami dan anak-anak untuk kehidupan yg sejahtera dan diredhai Allah.

foto yg juga seadanya.....

warung mak siti (dah restoran sekarang). mak siti adalah nama pemberian dr hubby secara suci hati


hidangan mee telur, pisang dan teh ais


suami/hubby/pasangan hidup 

Sunday, September 4, 2011

UcAPan PenDek Lebaran 2011 M / 1432 H

Salam Aidilfitri
 Maaf Zahir dan Batin 
dari 
KAWAN sekeluarga.


pagi 1 Syawal 1432 H


Thursday, August 25, 2011

GeNg MenGaJi

Geng Mengaji adalah salah satu drama yang kawan tak lah ikuti sangat. cuma adalah satu episod yang kawan tonton minggu lepas telah mencuit hati kawan hingga terbahak-bahak ketawa. adohai.......hubby kawan fahamlah sgt2 maksud kawan ni. apapun itu ada sisipan dan yang benarnya adalah wadah berikut :

Alhamdulillah. Ramadhan hampir ke penghujungnya. harapnya bakal diakhiri dengan penuh kerahmatan dan keberkatan. rugilah bagi mereka yang tidak memanfaatkannya dengan hajat dan memohon keberkatan serta keampunan Ilahi.

Ramadhan dan amalan tadarus adalah satu amalan yang murni. berpuasa menyucikan hati, merehatkan sudut biologi dalam sisi kehidupan. al-quran dan kedekatannya dengan fitrah manusia yang memerlukan pemurnian diri dan panduan hidup.

23 ramadhan lalu , kawan dan geng mengaji telah menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Berbuka Puasa tempat keje kawan. semua daerah termasuk ibupejabatnya (opis kawan) telah dibahagikan surah untuk disempurnakan sesi tadarusnya dan kemuncaknya adalah majlis khatam.

dalam majlis tersebut, kawan baca surah al-qadr. alhamdulillah. sempurna majlis. terima kasih sekelian yang menyempurnakan majlis.

kawan kongsikan foto-foto Geng Mengaji kawan....

saksikan dahulu promo Geng Mengaji

baca...baca...baca...baca...baca..!!!!


ni konduktor khatam bawah skit dari Ramli MS


kawan menten tunggu turn baca


kawan sedang membaca


menten sekali lagi sbb tahu diambik gambo


turut diraikan anak-anak istimewa. love them all!!


menten dan menten sekali lagi menghulur tanda hati semasa marhaban.ahaks!



Thursday, August 11, 2011

AbaH LahiR

11 Ogos (tahun dirahsiakan...barulah artis) adalah tarikh tanpa tahun kelahiran abah saya. Abah yang saya sayang dan hormati dan kagumi. Sayang sebab abah sayang saya sangat-sangat. Itu saya sangat tahu. Abahlah yang jaga saya masa emak keluar keje (eh...kenapa mak pulak yang keje..panjang cerita). Abah masak. Abah hantar saya pergi balik sekolah. Abah jaga adik saya. Abah buat milo untuk saya. Abah pastikan saya minum susu Nespray (kredit kepada Nestle) setiap hari. Abah yang buat. Abah pasang ubat nyamuk untuk saya. Abah buat lempeng kegemaran saya. Abah beri saya didikan hingga saya tahu banyak perkara. Didikan itu adalah disalurkan bersama dengan mak. Abah beri saya kebebasan dan kepercayaan dalam saya menentukan hala tuju pelajaran dan bidang kerjaya saya. Abah selalu menyokong apa yang saya buat untuk kebaikan. Kalau salah abah akan marah kaw-kaw punya (masa kecik). Bila dah besar pulak, abah banyak diplomasi dan saya terdidik dengan sendirinya. Abah pastikan saya tahu ngaji dan berzanji. Abah pastikan saya berkelakuan baik di dalam dan di luar rumah (baikkah saya....insyaAllah dilindungi Allah dari keburukan).

Hormat. Wajib hormati orang tua. Dan yang membuatkan saya lebih menghormati abah apabila abah menghormati anak-anaknya dari segi kehidupan, kesukaan, hobi, kegemaran. Abah bukan orang yang autokratik. Tapi cara abah itu membuatkan saya dan adik saya menghormati abah TAHAP TINGGI. Adakala bertelagah juga dengan abah lebih-lebih lagi minta abah cuti sebab nak bawa dia bercuti, tapi dalam banyak hal dari segi makan, pakai dan berjalan, saya usahakan yang terbaik untuk abah, pilihan abah. Abah dan mak membesarkan saya seadanya dan hingga kini gaya hidup itu sangat terkesan dalam diri. 

Kagum. Kagum dengan abah sebab abah ni enjin KUASA KUDA (maka anak-anak dan menantu dilahirkan di tahun kuda, walaubagaimanapun haiwan kegemaran abah adalah HARIMAU. Pergi zoo nak tgk harimau jek lepas tu nak balik, ahli rombongan lain sila terkapai-kapai). Sebab......abah kuat kerja. Kerja yang memang memerlukan kekuatan iaitu kekuatan fizikal. Walaupun abah SEBELAH TANGAN, abah boleh buat kerja macam orang ada dua tangan. Abah boleh basuh pinggan, basuh baju, dan jaga mak dalam pantang dan dalam masa yang sama uruskan saya ke sekolah. Malah sekarang dalam usia emas, abah kuat kerja. Hujung minggu bukan masa berehat untuk abah. Abah akan buat apa sahaja di rumah. Menyangkul, merumput, bersih halaman dan sekeliling rumah. Ada sahaja yang abah buat.

****entri ni guna SAYA. tak guna KAWAN. sebab rasa satu kenyataan yang serius yang saya luahkan istimewa untuk abah saya.

abah
abah
abah

Wednesday, August 3, 2011

SaLaM RamAdhan Al-MubaraK...

Salam semua kepada 'pelayar' blog saya yang memang tak ramai. buat blog tapi tak promote. hehehe....(segan...)
Hari ke-3 puasa ni barulah kawan ada masa untuk menaip sepatah ribu kata.

Pertamanya sambutan ramadhan kawan adalah bersama suami dan anak-anak. Alhamdulillah. Allah permudahkan masa kami walaupun jadual aktiviti sangat padat iaitu kawan ke KL untuk beberapa urusan bersama keluarga.


Kawan berharap untuk Ramadhan kali ini, segala amalan kawan, suami dan keluarga diberkati Allah. Dilimpahkan rezeki yang halal, dipermudahkan segala urusan ke arah keredhaan Ilahi.

Kawan mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada sekelian yang mengenali kawan (hamba Allah yang kerdil ini).



Thursday, July 28, 2011

Anniversary

Ya..alhamdulillah...28 Julai 2011 adalah tarikh ganjil kawan berkhidmat dengan gomen. tapi kawan belum confirm lagi dgn perjawatan ni. skiiiiiiiit lagi. dalam proses. apa yang nak kawan sampaikan adalah terima kasih yang tidak terhingga :

suami : menyokong, memahami, mendoakan
mak : mendidik, membela, mendoakan
abah : memahami, memberi peluang kawan memilih kursus di U sendiri, memahami interest kawan dan juga dalam kerjaya kawan
firdaus (adik) : sporting, memahami dan sentiasa membantu kawan dalam pelbagai sudut. umur bukan penghalang

sesungguhnya kawan amat menghargai jasa baik dan sokongan dari keluarga mertua
mak mertua : memahami, mendoakan, menyokong -
abah mertua : broadband, menyokong, memahami
shra & dila : bnyk tolong time kawan ada 'play' masa DPA especially wardrobe dan aksesori
boys (syamim, akir, danial) : melayan kerenah anak-anak kawan

dan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sokongan terhadap kawan sepanjang kawan melalui pelbagai pengalaman dan dugaan untuk terus kekal dan kukuh dalam kerjaya kawan ini.

dan paling penting permata hatiku Wafiy dan Hadrami yang nak atau tak nak terpaksa memahami keadaan ibu (doa agar ibu akan lebih dekat lagi dengan kalian)  .

kawan mendoakan yang terbaik untuk kalian dan semoga doa itu kembali jua untuk kawan.

hanya Allah yang membalasnya. amin.

di bawah adalah susulan gambar yang jelas menerangkan maksudnya jua dalam memperkenalkan mereka yang di sekeliling kawan ;

dilla bnyk bantu kawan untuk wardrobe dan aksesori



gamba diambil beberapa bulan sebelum kawan kursus


the syeds


adik kawan yang kawan bilang seperti bait-bait ayat di atas




tiada kaitan dlm kursus.cuma berkongsi wajah-wajah penghargaan.





hari raya ketika kawan kursus juga

gambar diambil ketika kawan dalam kursus 7 bulan. rindu sangat dengan mereka ni.


Tuesday, July 19, 2011

BiLa.....

MARAH menguasai. KEMATANGAN itu hilang. KEWARASAN itu lenyap.

bila MARAH dipendam. ledakan adalah jaminan masa depan.

bila MARAH tidak diurus. sesiapa sahaja akan jadi sasaran.

bila AMMARAH ada dalam diri. nampak semua di sekeliling kecil dan mula tidak mempedulikan.

BILA...????

bila JAUH. ketenangan itu datang. bila DEKAT api itu marak.

bila SURAH dibaca. ketenangan hakiki menerpa diri.

bila MELIHAT cahaya mata. hati akan tenang.

dari gambar fail 1
dari gambar fail 2
seadanya

****coretan tatkala menanti sang audit mengaudit sekelian harta karun ofis.

Wednesday, July 13, 2011

dApAt pOn.....

melepas geram pada hujung minggu lepas setelah memendam rasa sekian lama. sangat tidak puas hati kenapa ini terjadi. sgt tidak adil dan tidak lojik. bendanya sama. tp kenapa ada bezanya. kalau ya pun......bukan guna untuk ke langit...tapi untuk membersih bumi. tapi kenapaaaaaaaaaaaaaaa.......????


ya..kerana itu satu dugaan yang harus aku hadapi dan terima. Allah is the best planner. berkat kesabaran aku dipertemukan dengan yang lebih baik dan relevan. tq Allah.....

terima kasih anak-anakku kerana sudi berkongsi kegembiraan bersama ibu


kawan rasa sangat gembira kerana berjaya membeli PENYAPU dengan harga yang sangat relevan di mata kawan dan layanan yang baik dari tokey dan pekerja Kelapa Gading (sayangnya tiada gambo Pak Nan).

di Kotaraya JB harga penyapu tersebut adalah rm16
di Kelapa Gading BP  ialah rm5

fungsi sama = sapu bilik rumah sewa Wahidah di Flat Saujana JB. 
jadi............mengapa bayar lebih???????

Monday, July 11, 2011

cHe DeT

...lahirnya tokoh pemimpin yang kawan kagumi adalah pada tarikh 10 Julai. dan lahirlah juga anak kawan yang amat kawan sayangi pd tarikh ini.

cu citernya...
pd mlm kejadian 2005 yg lalu, kawan menghadiri dinner student kawan di Garden Hotel (gambo ada di tmpt laen)....kemudian air ketuban pecah...dgn pakaian vouge mamma mia (dinner la katakan) kawan dibawa oleh suami ke hospital. contraction mula terasa dan semalam berterusan setiap 5 minit!!!!...kawan warded dan suami serta ibu mertua tunggu sepanjang malam...bukaan tiada perkembangan hanya 1.5 cm...ouch!!!

9 pg, masih lagi 1.5cm, doktor usahakan secara 'manual' hingga 3 cm...dan kawan dimasukkan ke labour  room...tiada progress sepanjang hari hinggalah keputusan diambil 7.45 mlm kawan dibawa masuk ke operation theatre dan menjalani pembedahan / ceasar..maka lahirlah Syed Muhammad Wafiy Alwee bin Syed Mohammad Firus (uishhhh...senafas baca ayat nie)

Didoakan Wafiy jadi anak yang soleh. 
Berjaya dalam kehidupan dan dilindungi Allah di dunia dan akhirat.
Amin

saat menunggu umur meningkat
di pasar BP....beli-belah bahan Mee Rebus
menikmati Mee Rebus di Hari Lahir dimasak oleh Nena
bingkisan coklat dari Mama
owww....Hadrami yang tidak dilupakan...excited naaaaaaaak jugak bergambar...

LOL

**** semoga dapat dekat selalu dengan Wafiy

Monday, July 4, 2011

SeMaLam PuNyA SeMaLaM.....

.....adalah tarikh kawan mula-mula memulakan kerjaya kawan secara official. 2 Julai 2001. kebetulan hubby kawan pun sama jugak tarikhnya. kawan keje di salah sebuah syarikat swasta di shah alam. sekarang syarikat tu terkenal dan dah jadik giant company. kawan mula dgn gaji rm1400 time tu. so itulah permulaannya...

sebelum itu dari awal selepas SPM kawan ada keje kilang kain. time semester break pun sama jugak....keje kilang kain. so pengalaman kawan keje kilang hanyalah KILANG KAIN atau komersialnya kilang tekstil. hehehe....semuanya tu nak cover duit belajar dan bantu mak abah kawan meringankan beban. mana yang terdaya.

alhamdulillah...rezeki demi rezeki diterima dan kawan OK dgn kerjaya sekarang. masalahnya adalah jauh dari anak-anak dan suami. semoga Allah permudahkan urusan kawan dan keluarga. Amin.


(TIADA VISUAL UNTUK POST KALI INI)

Saturday, July 2, 2011

BeNar-benar KejAdiaN

Kejadian berlaku pada hujung minggu yg masih baru berlalu pergi ni. asalnya mmg nk membawak adik kawan cek d IJN. sambil tu ambil peluang menyelesaikan beberapa urusan dan jalan-jalan semedang dapat cuti.


perjalanan bermula pada hari khamis malam. smpi dah nk kol 1 pg. letih. maleh nk citer. letih kan...
next day tunggu adik kawan cek di IJN. pun letih...tunggu punya tunggu...letih. maleh jugok nk citer. citer yang best adalah SEPAH JUARA MAHARAJALAWAK dan beli baju raya di jalan TAR. tu jek.


dan seterusnya maka bermulalah sesi pengembaraan upin ipin (bukan ami ipin). kawan happy sbb org penting kilang sharp dpt cuti.....sendiri mau paham la...


sepanjang cuti-cuti tu, kawan pun bawalah parent kawan ke bnyk tmpt yg dorang tak penah pegi dan kawan pun tak penah pegi. maklumlah parent kawan takde keta nk jalan2. mula ke SA sbb ngantor kawan masuk UiTM dan kedua adalah masa kawan konvo UiTM. masa kawan keje di SA pun kawan takde keta smpi skrg. jd dah kawin ni baru lah merasa ada keta dan jalan2. TERIMA KASIH suwamie. TERIMA KASIH jg pada famili mertua yg turut menjebakkan diri bersama-sama jalan. dna menunjukkan jalan meriah acara adanya.

lepas round SA maka kami ke arah puchong dan check in di sana. tq adik ipar kawan (Dilla) sbb bantu dptkan penginapan selesa utk kami. apapun KITA ENJOY!!!


Mertua Kawan pun tak kurang excitednya juga membawa kami jalan2 dan nak share bnyk benda. so kawan kongsikan bersama-sama visual sepanjang pengembaraan upin ipin

selangkah dua langkah di Ampang Lookout!!!

gang upin ipin


tempat idaman yg adik kawan nak kunjungi sangaT-sangat dan BERJAYA!! BERJAYA!!!
adik kawan mencuba auto ticket d KLCC. first time la katakan....
mak abah kawan. suka depa dpt jalan-jalan kat KLCC ni (feat Wafiy)
MPH KLCC. belikan wafiy buku CARs
bersama Nena dan Atok Rumah (panggilan hadrami)


Adik kawan ni plak obses bangunan. Masjid Besi , Masjid Putrajaya, segala bangunan dirakamnya.


asalkan bangunan...jadik je...
sempat lagi tu
mcm pelancong
statik


dan yang benar-benat kejadiannya ialah...bila KAWAN snap gamba ni..dalam kekalutan anak kawan kehausan dan kami semua kelaparan....



Thursday, June 23, 2011

OMG!!!! Amir tersingkir.....


itu sahaja yang mahu kawan kongsikan

sorry..kawan tak reti nk rotate video ni

Tuesday, June 21, 2011

pErLukAh KaWan CuTi LaGi ??????

kalau tuan/puan mengikuti blog kawan ni dari awal (mcm ramai follower...mcm bnyk post...mcm2), akan terbacalah kalian satu post berkenaan si gadis misteri Alia. menjadi pemangkin Wafiy ke sekolah hingga tak nak ikut ibu ke aitam. namun dalam misi mencari gadis bernama Alia ini, bnyk jugalah cabaran kecil-kecilan yang kawan hadapi bersama ibu mertua (yg turut excited) nk tahu manalah si gadis ini. hubby dan shahirah juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan pencarian ini hari demi hari. 


namun....bagai dikata...'jodoh pertemuan Allah tentukan' dalam beberapa hari awal yang kawan kata kawan cuti panjang tu kan....si gadis Alia ni tak sihat pulak...tak sekolah...mcm drama Nora Elena (hubby suke la tue) atau sinetron Cinta Melody (mak dan shahira suke juge le tue). jalan cerita adalah tidak berkaitan. yang nak di highlite kan di sini adalah betapa dramatiknya misi pencarian ini.

akhirnya pada tanggal 8 Jun 2011 bersamaan hari Rabu bersamaan 6 Rejab 1432 H (tarikh baik ni ikut bulan Islam sbb ibu suka no yang hampir kepada 7) maka detik pertemuan itu tiba. ni pun drama sbb sepatutnya kawan dah naik keje. tp sebab nak out station nun jauh dari Negeri Johor ni, maka kawan mohon dilanjutkan sehari lagi untuk persiapan kawan. dan pada hari itulah juga kawan dan ibu mertua kawan dipertemukan dengan gadis ini tanpa disengajakan tatkala berjumpa cikgu Wafiy tanya prestasi periksanya yang aduhhh..perlu dinaikkan lagi (tidak mengapa anakanda.....there is always a room for improvement). 


so, dalam kesibukan berbincang dengan cikgu Wafiy tu...kawan pun amek kesempatan tanya Wafiy..mana Alia? Wafiy dengan hidung kembang kempisnya tunjuk Alia yg terjelepuk manis jek tepi dinding. kawan pun hape lagi la kan, trus snap gambo dia...siap soh Wafiy duduk sebelah lagi...bkn nak galakkan hubungan bukan muhrim ni (no....no...no..never ever)...tapi nk Wafiy jadikan motivasi sebab ALIA NI DAPAT NO.1 DALAM PERIKSA. so kalau nk kenen Alia...Wafiy kene bagus la mcm Alia.haa...gitu...!!!


dipersembahkan beberapa babak pengambaran di Tadika Al-Hidayah ini..
cek..cek...rock...rock...!!!!


gadis inilah yang bernama Alia - tgk muka Wafiy tu
 apakah definisi facial expression  Wafiy tuh
sebelah tu adik dia (kata Wafiy)

oleh kerana Alia bergambar dgn adiknya - maka Hadrami pun masuk scene

so..hari Wafiy bertambah ceria..betul...jgn terpengaruh dgn muka Wafiy dalam gambar-gambar di atas ni. bila petang menjelma, maka hubby dan shahira pun balik uma. kawan saja tak mao citer apa2. ingt nk surprise terus masuk blog ni, tapi rupanya maklumat telah dapat dihidu. ketika kawan sibuk nyiapkan minum petang, Wafiy pun menghampiri (sekali lagi hidung kembang kempis) mintak hp kawan. rupa-rupanya nk tunjuk kat shahira gambo Alia dia tu. so, bila dah berkumpul ni..critela la dari awal jumpe cikgu sehinggalah sesi pengambaran berlangsung dgn jayanya.

rupa-rupanya si kecik sebelah Alia tu BUKAN ADIK ALIA la..... nak oii.... tp anak-anak di bawah jagaan Tadika/Taska situ. 

so kawan tanyalah Wafiy : kata tu adik Alia.
 Wafiy kata : eh...Wafiy tersilap..
(hek ele...nervous ke hape anak aku nih)

dan...budak yang Wafiy suka cubit pipi tu bukan si Alia ni....tapi yang lain...sudah...sape plak yang anak aku cubit pipi ni...so?


 perlukah kawan cuti lagi???????????


Monday, June 20, 2011

KeMaruk.....

.....memasak. "ya.........hahaha.........aku telah dirasuk oleh semangat dapur.................." (baca dengan gema mcm dlm drama ANJASMORO)hehe..tapi tulah yang terjadi pada kawan bilamana kawan bercuti agak panjang setelah bekerja dalam tempoh yang juga agak panjang tanpa henti. dalam tempoh itu kawan mmg rasa PERFECTO menjadi suri rumah, ibu, isteri a.k.a perempuan (definisi sendiri). sebab......mcm ni

6.30 am  - bangun. jalankan kewajipan.
6.45 am  - dah start gema kat telinga wafiy...bangun...bangun...
7.00 am  - gema lagi...kali ni kalau tak bangun memang kuar vokal F sharp punya..
              - suami pun bersiap g keje, tp kawan tak buatkan jugak sarapan..ngeh..dia tak mau terlalu pagi
                (alasanku)
7.15 am  - hantar suami di muka pintu hingga muka pintu rumah jumpe muka pintu keta sambil bersalaman
                dan melambai dengan senyuman tak mandi pagi dan rambut tak habis dandan (hantu kak limah
                sumpah jeles kat kawan)
             -  vokal diteruskan dengan upacara bersiram wafiy sambil buat milo. tingkap dibuka luas-luas (bukan nk humban dia keluar melalui tingkap k..) biar
                si hadrami terjaga secara semulajadi senang hangkut dia g antar wafiy sekolah
             -  wafiy wajib minum milo dan makan biskut sbb ibu tak berapa sgt nk bakarkan roti (heheh..ibu  
                tak prepare beli roti sebenonya...lupa semanjang)
             -  sambil tu chit chat dgn ibu mertua dan seterusnya bersamanya menghantar anakku wafiy ke
                sekolah (terima kasih mak) . jg bersama hadrami ucuk nena dan trus mencari makanan utk dimamam pagi-pagi

10.00 am     - mula sediakan bahan masak, sambil cuci baju oleh mesin basuh

12.00 pm   - bersama ibu mertua fetch wafiy
            - teruskan memasak

3.00 pm - rehat..zzzzzzzzzzzz

6.00 ptg - hubby smpi umah...makannnnnnn

malam

tgk homework wafiy
sediakan baju sekolah wafiy
sediakan baju keje hubby
sediakan susu hadrami
(amacam....best tak pantun di atas ni?)

*** balik semula cerita kemaruk tadi....selesai segala hal pagi, maka kemarukku bermula....

siang ikan caru separuh pengsan nk ngokang kulitnya

kerjakan juga sotong 

sawi di toskan d tmpt tos pinggan - idea serbaguna


CHOP!!!!
sebelum memasak pastikan anak-anak anda dan ibu mertua anda selesa dengan kedudukan 
masing-masing
biarkan si kecik khayal dgn bekas gula

biarkan si abang mantul-mantul dgn bola besar di dpn tv dgn cartoon (bagi chance)
jgn ganggu ibu mertua melayari internet..nmpk tak pintu bilik komputer di kejauhan tu?
dalam tu ada ibu mertuaku..hehe...



so...mulakan bahan utk memasak 
a. ikan caru asam pedas
b. sotong goreng lada hijau
c. sayur goreng berrrrrrrrrr udang

.
.
.
.
.


asam pedas confirm kene ada daun kesum dan bolehlah masukkan jg bungan kantan 
seperti hirisan di atas
(mancis ditaja oleh cap cili merah)


lada hijau (basah/besar) ditumbuk dalam lesung (toksah hancur sgt)
nampak udang??
tulah namanya ada udang di sebalik lesung...
bahan utk sotong dan sayur dan ikan


utk sotong 
beberapa ulas bawang putih
seulas besar bawang merah
halia setengah inci
cili hijau (besar/basah)
air asam
daun kucai


utk sayur
hirisan bawang besar, bawang putih, halia
udang




utk ikan caru asam pedas
beberapa ulas bawang putih
seulas besar bawang merah
halia seinci
belacan
lada dah siap blender beli dari pasar jek
tambah lada merah (basah/besar) utk tambahan rasa
bunga kantan dihiris kasar
daun kesum secukupnya
air asam jawa
.
.
.
.


so...masak je lah dengan garam dan akan jadi mcm ni
.
.
.
.

proses memasak sotong goreng lada hijau


seterusnya
sayur siap!
dan......

ikan caru asam pedas..nampak tangan kawan tu...tangan kawan tu.....

siap sedia utk dihadap seisi sekeluarga..sekulit tak boleh eh...seisi jek...isi dan kulit by SEARCH..faveret song kawan tu..takper....

tu dia...
tambahan...ikan goreng utk si sulung wafiy dan si kecik hadramisotong utk si ayah


tapi..bila dah masak tu...penat la pulak..perut kenyang sbb sambil masak ngunyah benda lain. so..tidur dulu bersama anak-anak..hahaha. agak-agak hubby nk balik...bangun ler..............jgn buat selalu...lepas asar tu...kang mengong pulak..hanya sesuai di kala cuti sekali sekala...heheh...kawan suka memasak (tidak bermakna sedap memasak). 

itulah hidangan kemaruk kawan pada salah satu hari cuti kawan.........

begitulah flashback saya...